Kisah Hidupku Di Dunia
Tuesday, 27 November 2012
Sebulan Umurku Sekarang
Yeahh..dah sebulan aku hidup kat dunia ini sekarang. Banyak benda baru aku dapat lihat walaupun tidak beberapa jelas sangat dan apakah ianya itu. Ayah, setiap minggu balik ke Kluang semata-mata nak jenguk aku.
Yang aku tahu ayah dah balik, dia cium dahi aku bila dia sampai. Bau ayah pon dah kenal dah. Kesian ayah kena balik setiap minggu. Mesti dia penat. Mana tidaknya, KL - Kluang setiap minggu, penatlah dia. Ahad ini (27/11/2012), ayah bawa ibu dan aku balik ke rumah sendiri setelah 44 hari tinggal di rumah nenek. Terima kasih nenek dan atok kerana jaga aku dan ibu sepanjang berpantang. Pasti nenek sunyi selepas ini sebab rumah tak riuh lagi. Oklah, masa untuk tidur. Bye semua..
Tuesday, 6 November 2012
Yeah..Balik Kluang..
Pada 30/10/2012 adalah waktu kami sekeluarga balik kampung. Sebelum balik kampung, bos ayah ada datang rumah sebab nak tengok aku. Sambil datang melihat aku, ada juga hadiah yang diberi kepada ibuku. Kayalah ibu aku tu ye. Tepat pukul 1 petang, kami semua bertolak dari Seri Kembangan ke Felda Ulu Belitong, Kluang. Semasa perjalanan, hujan lebat turun di kawasan Negeri Sembilan. Lebat sangat hujan masa itu sehinggakan ayah tidak nampak kereta di hadapan.
Masa tengah hujan lebat, kereta ayah terhuyung-hayang. Dengar ayah kata, kereta macam hilang kawalan. Macam tayar pancit. Ayah pun berhenti ke tepi. Beberapa minit kemudian, ayah gerak semual kereta terbabit dan ayah kata, kereta tidak ada masalah dan tak tahu apa puncanya. Muka ayah nampak pucat masa itu. Mana tidaknya, bawa orang tersayang di dalam kereta tersebut.
Setelah 3 jam, akhirnya sampai ke kampung ibuku iaitu Felda Ulu Belitong. Ibu letakkan aku di atas tilam dan ayah pula mengangkat barang-barang di dalam kereta untuk dikeluarkan. Ayah nampak keletihan pada masa itu. Yang penting, kami semua selamat sampai ke kampung aku,...
Monday, 5 November 2012
Muhammad Firdaus Rizq Adalah Namaku
Setelah aku selamat dilahirkan, ibu terus dimasukkan ke dalam wad terlebih dahulu. Di sini, aku lihat, ibu jaga aku dengan penuh kasih sayang. Seronok baring di sebelah ibu. Ayah pula pulang ke rumah dahulu untuk rehatkan badan yang letih itu. Kesian ayah kepenatan menemani ibu seharian sehinggakan tidak tidur.
Pada jam 12.30pm (29/10/2012), aku melihat ayah sampai dengan beberapa orang di belakangnya. Dibelakang ayah itu rupanya adalah mak long, pak long, atok dan nenek. Semuanya serbu kat aku dan cium-cium aku.
Inilah Muhammad Firdaus Rizq
Selepas itu, aku terdengar nenek bertanyakan kepada ayah. "Siapa nama anak ni?" kata nenek. "Nama dia Muhammad Firdaus Rizq.." kata ayah. Wah...itu nama akulah. Sedapnya nama ni. Pandai ibu dan ayah pilih nama aku yang cukup bermakna. Terima kasih ibu dan ayah...
Sunday, 4 November 2012
Aku Melihat Dunia Pertama Kali
Pada 29/10/2012, aku tak sabar nak keluar ke dunia kerana aku sudah cukup bulan berada di dalam rahim ibu. Sebelum itu, aku dengar ayah kelam kabut masa nak bawa ibu ke hospital. Laju ayah bawa kereta dah macam bawak kereta racing. Takut gak cara ayah bawak kereta masa itu tapi mujurlah selamat sampai.
Bila sampai hospital, ibu dimasukkan ke wad untuk menunggu pintu rahim terbuka lebih besar sedikit. Kesian ibu rasa kesakitan. Ayah pula sentiasa di sisi ibu masa itu dengan wajah kegelisahan.
Pada jam 3.05am bersamaan 29/10/2012, aku berjaya keluar ke dunia ini. Aku ingat pesan ayah, bila keluar, nangis kuat-kuat dan aku pun nangis sekuat-kuatnya. Masa keluar ke dunia, aku lihat ada beberapa nurse yang bertugas untuk menyambut aku dan aku nampak juga ayah di sisi ibu masa itu. Mereka nampak seronok dan gembira pada masa itu. Aku dibersihkan oleh nurse tersebut sebelum membalut dengan kain putih bersih. Aku pun terus tidur.
Tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang sedap di dengar di telingaku. "Allahhuakhbar Allahhuakbar...." Ayah mengazankan aku buat kali pertama. Aku diam semasa mendengar lauangan azan tersebut. Aku nampak, ayah seperti menitiskan air mata sewaktu mengazankan aku. Selepas mengazankan aku, dia pesan kat aku supaya menjadi anak yang baik dan khalifah yang baik di dunia ini. Aku akan ingat dan akan jadi anak terbaik buat ayah nanti..

Saturday, 27 October 2012
Sewaktu Di Dalam Perut Ibuku
Tidak lama lagi, aku akan keluar dari dunia. Sudah 9 bulan aku duduk di dalam rahim ibuku. Kecian ibuku membawa aku ke mana sahaja. Dia jaga aku dengan baik. Ayahku juga prihatin dengan ibuku sewaktu ibu mengandungkan aku.
Tidak sabar rasanya mahu melihat ibu dan ayah di dunia nanti. Aku keluar dari rahim ibu, akan aku jerit kuat-kuat supaya ayahku menyapa aku. Tak sabar rasanya. Mungkin minggu depan aku akan keluar di dunia. Harap, ibu dan aku tidak alamai apa-apa masalah..
Subscribe to:
Posts (Atom)