Sunday 4 November 2012

Aku Melihat Dunia Pertama Kali

Pada 29/10/2012, aku tak sabar nak keluar ke dunia kerana aku sudah cukup bulan berada di dalam rahim ibu. Sebelum itu, aku dengar ayah kelam kabut masa nak bawa ibu ke hospital. Laju ayah bawa kereta dah macam bawak kereta racing. Takut gak cara ayah bawak kereta masa itu tapi mujurlah selamat sampai.
Bila sampai hospital, ibu dimasukkan ke wad untuk menunggu pintu rahim terbuka lebih besar sedikit. Kesian ibu rasa kesakitan. Ayah pula sentiasa di sisi ibu masa itu dengan wajah kegelisahan.

Pada jam 3.05am bersamaan 29/10/2012, aku berjaya keluar ke dunia ini. Aku ingat pesan ayah, bila keluar, nangis kuat-kuat dan aku pun nangis sekuat-kuatnya. Masa keluar ke dunia, aku lihat ada beberapa nurse yang bertugas untuk menyambut aku dan aku nampak juga ayah di sisi ibu masa itu. Mereka nampak seronok dan gembira pada masa itu. Aku dibersihkan oleh nurse tersebut sebelum membalut dengan kain putih bersih. Aku pun terus tidur.

Tiba-tiba, aku terdengar satu suara yang sedap di dengar di telingaku. "Allahhuakhbar Allahhuakbar...." Ayah mengazankan aku buat kali pertama. Aku diam semasa mendengar lauangan azan tersebut. Aku nampak, ayah seperti menitiskan air mata sewaktu mengazankan aku. Selepas mengazankan aku, dia pesan kat aku supaya menjadi anak yang baik dan khalifah yang baik di dunia ini. Aku akan ingat dan akan jadi anak terbaik buat ayah nanti..

No comments:

Post a Comment