Tuesday 6 November 2012

Yeah..Balik Kluang..


Selepas ibu sudah keluar dari wad, kami pun balik ke rumah dahulu sebelum balik kampung. Aku dengar, ayah dapat cuti panjang dan boleh bawak aku dan ibu pulang ke kampung. Kampung ibu dekat Felda Ulu Belitong, Kluang, Johor. 

Pada 30/10/2012 adalah waktu kami sekeluarga balik kampung. Sebelum balik kampung, bos ayah ada datang rumah sebab nak tengok aku. Sambil datang melihat aku, ada juga hadiah yang diberi kepada ibuku. Kayalah ibu aku tu ye. Tepat pukul 1 petang, kami semua bertolak dari Seri Kembangan ke Felda Ulu Belitong, Kluang. Semasa perjalanan, hujan lebat turun di kawasan Negeri Sembilan. Lebat sangat hujan masa itu sehinggakan ayah tidak nampak kereta di hadapan.

Masa tengah hujan lebat, kereta ayah terhuyung-hayang. Dengar ayah kata, kereta macam hilang kawalan. Macam tayar pancit. Ayah pun berhenti ke tepi. Beberapa minit kemudian, ayah gerak semual kereta terbabit dan ayah kata, kereta tidak ada masalah dan tak tahu apa puncanya. Muka ayah nampak pucat masa itu. Mana tidaknya, bawa orang tersayang di dalam kereta tersebut.

Setelah 3 jam, akhirnya sampai ke kampung ibuku iaitu Felda Ulu Belitong. Ibu letakkan aku di atas tilam dan ayah pula mengangkat barang-barang di dalam kereta untuk dikeluarkan. Ayah nampak keletihan pada masa itu. Yang penting, kami semua selamat sampai ke kampung aku,...

No comments:

Post a Comment